Friday, July 31, 2009

Hadiah nyer dah dapat...tq kak n

Semalam kak n hantar hadiah ni kerumah aku bersama produck Shaklee untuk aku kirim kan ke oficmate aku..perghh tak sabar nak dpt..maklumla free...hehheh.masa ditetapkan..addin tgh menyusu takdapt beliau turun kereta,borak kat keter je...ini lah kakak yang aku contohi sejak hr pertama aku bergelar ibu...SuSu ibu....beliau la yang menjadi pendorang aku..budi nya sgt aku hargai..rasanyer tak terbalas dgn wang ringgit...walaupun masa tu aku tak kenal siapa kak n..setiap hari mengikuti perkembangan susu badan ku...Sgt terima kasih kak...


ini lah yang aku nak tunjukkan aper yang aku dapat..kepada kalian yang dpt sguhati Muhammad Najmi Isyraq dan Shafiq Nazhan , aku dah test dan bau nyer lembut...rase sayang pulak nak picit banyak-banyak...hehhehe

tadaaaaa....



ini la bungkus nyer


dan inilah isi nyerr



inilah bungkus dan isinya




inilah peminatnya....yang ni pantang benda pelik trus sambar



"ni saya punyer ye mama...unti n tulis nama saya yang menang...nama mama takde"


SEKALI LAGI TERIMA KASIH KAK N

Thursday, July 30, 2009

humairah memang contest kak N...yahooo

TERIMA KASIH BANYAK-BANYAK KAK N

memang aku tak sabar nak tau saper pemenang contest ni sbb inilah pertama kali aku menjoin kan diri untuk contens.Alhamdulillah aku berjaya, walaupun saguhati.memang aku minat sgt contest ni sbb aku dapat menceritakan pengalaman sendiri dan mungkin boleh menjadii teladan untuk kalian semua.

terima kasih kak n sekeluarga serta suami kerana sudi memurahkan hati memgadakan contest ini.wan doakan akak sekeluarga murah rezeki dan bahagia menghadapi liku2 kehidupan.

TERIMA KASIH ATAS HADIAH TERSEBUT

**semangat betul aku ni mengalahkan winner..padahal saguhati jer..hahhaha.rezeki kan..saper tahu.




petikan dr Blog Kak N

------------------------------------------------------------------------------------------

Tahniah buat ibu kepada...

40 penyertaan - merangkumi hampir 33,209 patah perkataan utk dinilai dldm masa 4 hari! Bukan tugas mudah – tiada kriteria yg rigid boleh dijadikan rujukan. Posting yg dramatik atau yg lucu menjadi pilihan? Pastinya setiap satu dari kesemua 40 pengalaman adalah unik – tiada yg kurang, superior apatah lagi setara. Gaya dan bahasa penulisan? Ini bukan pertandingan menulis cerpen. Akhir sekali, biar saja “deria” yg menentukan.
Tahniah kpd semua ibu-ibu yg telah memberikan sehabis tenaga/masa mengenang kembali setiap detik pengalaman dan menzahirkannya semula dlm posting anda. Meminjam kata-kata dr sebahagian ibu-ibu:- semoga anak-anak ini setalah dewasa akan membaca posting ibunya dan memahami penderitaan yg ibu mereka lalui.
Setelah ditimbang tara – deria dan akal sepakat mengesahkan ibu-ibu yg bertuah utk menerima hadiah yg ditawarkan adalah ibu-ibu kepada anak-anak ini (tidak mengikut turutan):

Damia Aleesya
Nur Aleesya Mohd Adzhar
Muhammad Uwais


Manakala hadiah saguhati adalah milik ibu-ibu bagi anak-anak ini:

Muhammad Najmi Isyraq
Shafiq Nazhan
Nur Humairah Adelia

Tahniah kpd kesemua ibu-ibu. Anda semua adalah pemenang – pemenang di hati anak-anak anda.
Abah AddinNasa

Ini ialah post dari juri iaitu Abah kepada Addinnasa. Buat pengetahuan kalian, abah seorang juri yang sangat tegas di mana ibu tidak boleh mengganggu atau memberi sebarang pujian ke atas mana2 post untuk mengelakkan sebarang bias. So, ibu ingin mengucapkan tahniah kepada yang berjaya.... bagi yang tidak berjaya sila tunggu Better World Better You Contest pada bulan August ini.

Bagi yang berjaya, sila emailkan nama penuh, alamat dan no tel untuk di hubungi bagi urusan penghantaran hadiah. Tahniah sekali lagi!

-------------------------------------------------------------------------------------------

Wednesday, July 29, 2009

Gigi dah tumbuh...hu hu hu

Hati ibu maner tak gumbira bila lihat pebesaran anak...sihat dan pintar...salah satu yang aku ingin kan...

malam td duk main2 ngan humairah..maklumlah br balik kejer kan..rindu la nak gigit tang pipi...tgh seronok main lambung2 la dia..dia gelak tak agak2...rupa2 nyer dah ader gigi...suker nyer lah...nak abik gambar tak sempat...

baru2 ni demam..patutla demam gigi nak tumbuh uper nyer...dah ader gigi..leh la gigit macam2 kan

nanti dapt gambar..saya letak..heheh. (siap la ..mlm ni asik ader org kena paksa ngaga je lah,..yang penting aku dapat itu gambar..hahahah)


Seperti yang dijanjikan...


memula nampak la molek lagi...tp aku tgh pk camner nak bukak mulut dia...


nampak cam putih2 tu,,tu la gigi nyer...gambar ini diambil setelah mama trunkan kepala kat birai katil..kirangan camera kat atas..bukan dibawah(susah plak nak terang kan)


cuba lagi...yang ni tak nampak sgt...



akhirnyer...bila dah tahap nak meraung..trus nagis...kesimpulan nyer..satu gambar je la aku dapat hu hu hu....

Tuesday, July 21, 2009

contens : Share your story & this might BE yours!

Share your story & this might BE yours!



bila ade yang memuji sesuatu produk..terdetik dihati...mungkin bagus untuk aku dan familiku...crabtree & evelyn...aku tak pernak dgr sabun ni...dengan kak n juga la aku tahu serba sedikit pasal sabun ini...bisalah..nak beli kena test dulu.... bagaimana?sertai contens ini..saya cuma..maner tau nek rezeki..dapat juga aku mengguna sabun yang lain dr lain...asik pakai sabun..lux..luxlux...emm bosan...kotak nampak menarik..simple and nampak soft jer..mungkinsabun nyer lebih dr itu...kita cuma kan....

So, bagaimana nak dapatkannya? Mudah sahaja.

1.Anda cuma perlu ceritakan pengalaman anda semasa melahirkan anak sulung anda. Buatkan satu post khas mengenainya dan tidak kurang dari 48 patah perkataan.

2.Ceritakan tentang hadiah ini di blog anda,

3.Tinggalkan komen di sini beserta dengan link tentang post anda.

Bagaimana ? Mudah sahajakan.

3 pemenang akan dipilih...

Tarik tutup ialah pada 25 Julai 2009
. Pemenang akan diumumkan pada 30 Julai 2009.

All the best!

* Bagi mereka yang tiada blog anda boleh menghantar cerita anda ke alamat email berikut: addinnasa@gmail.com

Ada hadiah misteri juga barangan Crabtree untuk contest ini! Siapakah yang bertuah itu?



-------------------------------------------------------------------------------------------------



Bila cerita tentang pengalaman besalin anak sulung...aku tak tau nak mulakan darimana..tetapi apa yang aku mesti terima anak aku disahkan "sonsang"...pada minggu ke 33, anakku masing sonsang..aku tabahkan hati kerana aku ingin bersalin secara normal...mungkin itu takdir nyer...



hari demi hari..setiap malam ku berpesan pada kandungan ku agar pusing lah kebawah...setiap pagi juga aku dapat rasa kepala anak ku masih diatas...aku tetap berdoa agar aku ditakdirkan normal....suami ku selalu berdoa demi keselamatan aku...moga aku dan anakku selamat..katanyar"sayang jgn susah hati..ceacer ker..normal ker..tak kisah asalkan keduanya selamat"...kata2 itulah semangat aku....



setelah minggu ke 35..kandungan ku masih sonsong setelah diperiksa klinik kesihatan...dan aku disuruh merujuk ke hospital iaitu dimana aku akan melahirkan anakku ini...pilihan aku..Hospital ampang...surat dikeluarkan bagi merujuk pakar....



22-09-2008 ....tarikh inilah yang diberi untuk aku rujuk di hptl ampang...setelah di scan di minggu ke 37...masih sonsang, harapan untuk bersalin secara normal amat tipis...doktor berbincang dengan ku secara perlahan2..katanya "esk awak datang yer...kita bt ECV" aku yang tak paham apa itu ECV...."isk aper ECV tu dok?tak pernah dgr pun"....."ECV tu cara tuk kita pusingkan baby supaya awak dapat bersalin secara normal...tetapi andaikata tidak berjaya..kita akan sedia untuk ceacer"...aku terkedu apa yang diterangkan..dalam hati..aku akan bersalin esk?Ya Allah...betulkah apa yang aku dgr....



.Seperti yang dijanjikan...malam tu aku berkemas beg..baju aku dan baby..hati sgt girang kerana esk aku bergelar ibu....ESOK...emm itu yang ditakdirkan..aku terima....sambil mengemas ...suami ku berpesan"sayang esk pagi2...tel mak abah...mak ayah(mertua ku)...mintak maaf yer klu ader silap" aku jawap"insyaallah abang...wan pun mintak maaf jika ader salah dan silap..halalkan makan minum yer"ku peluk akrab suami ku...dalm minda ku...apabila kita melahirkan anak..kita sedang pertaruhkan nyawa....



23-09-2008...inilah tarikhnya....pagi2 suami ku menghantar aku...dalm perjalanan aku hubungi mak abah dan mertuaku....dalam talian juga aku menagis...kerana teringat dosa2 silam..berderai air mata ku.,,disisi hanya suami ku....setelah aku berjumpa nurse yang bertugas...dgn kesihatan aku yang tak stabil..batuk dan demam....aku disuruh baring di satu katil...ECV..akan dilakukan..setelah keadaan aku dan anakku stabil....3 org dok pakar juba pusing kan annak ku...bayang kan 6 tangan di perut ku berusaha memusingkan anakku...aku?hanya menahan kesakitan....harapan ku untuk bersalin normal berjaya....pusingan kearah jam...hampir berjaya..setelah dok angkat tangan...GAGAL...usaha diteruskan dengan lawan jam...juga GAGAL...masih dalam keadaan sonsang



dok "emmm kita masih tidak berjaya...awak terpaksa ceacer"



aku " emm sekarang ke doktor?"



dok " awak pilih....ptg ni atau khamis ni,awak fikir dulu...nanti bg tau"\



aku..terpaku...dalam beberapa saat..."Dok...saya pilih ptg ni..."



betulker pilihan ku ini...aku tak thn...aku rindu nak jumpa anakku...



dok"nurse!setting labour room....kita arrange kan ptg ni...ok"



suami ku dipanggil...."sayang macam maner?"..."abg wan dah dicide ptg ni operate,,,baby tak pusing"..."takper..baca doa banyak2..selawat yer"....sambil mencabut barang kemas ku....



pakaian ditukar....dtg seorang nurse.."menyediakan aku"....segala nyer sudah sedia...aku dibawah kearah labour room...



Tawakal kepada ALLAH.....selamatkan lah aku dan anakku...setelah peralatan dia sedia kan...dok mencucuk jaruk kebelakangku...aku rasa kaki ku kebas...dan tak rasa aper...aku dibius separuh badan...mata ku dilindung...tak tahu aper yang berlaku diperut ku....memang tak rasa aper..sakit?lansung tak...



TIBA-TIBA.....uwaaaaaaaaaaaaa......tangisan bayi....Yallah syukur Alhamdulillah...anakku selamat



dok " cuba tgk anak awak..lelaki ke perempuan?"



aku"perempuan"...anakku dibawa pergi..



dok"tadi anak awak lelaki ke perempuan?



aku" perempuan KOT"



dok"eh budak ni...main KOT2 pulak..nuse ambik baby tu balik"...ha tgk ni...



aku"sambil tersenyum..perempuan..."



segalanya selamat ditarikh 23-9-2008 jam 2.32 ptg.Allahamdulill...



suami ku"terima kasih sayang berikan abg anak ini" aku"kurnia dariNya sayang...sama2 kita didik dia yer...insyaallah...

.

Nur Humairah Adelia

2.86 kg











Friday, July 17, 2009

Seiras tak humairah ngan shinta?

Seiras kan?

pening aku tgk kejer banyak sgt..sakit2 matak dah hadap pc...aku dah bosan so aku bukak blog...nampak mama shinta bt n3 shinta pakai tudung...oleh itu aku copy gambar shita..dan aku bt n3 tuk kembar anak aku ni..heheh...serupa tapi tak sama

nama saya humairah




nama saya shinta

Thursday, July 16, 2009

mari melipat tisu...

emm ni perangai baru dia dah dapat...koyak tisu sampai hancur pastu masuk mulut...aku la duk kalam kabut tgk mulut dah mkn aper...dia klu dah bt project ni...memang senyap jer....







Monday, July 13, 2009

tag dr kak nonie

tag ini dr kak nonie...salam kak..lambat sikit bt tag..maklumlah..training minggu lepas..huhu

1. Nama timangan anda
along sbb anak sulung...dan Siti , nama ni atuk kasi..katanyer masa kecik susah nak panggil "sujaihah" bebelit lidah katanyer..so permudahkan panggil siti.nasib la Siti nurhaliza glamer kan nama tu...heheheh

2. Anda seorang yang...
cr info bab anak, peramah, suka membelek blog

3. Insan yang teristimewa-- sama jawapan ngan kak nonie : Anak2, suami terchenta, family besarku + family in law.

4. Lagu kesukaan-- ala sejak ader anak ni dah tak layan lagu...taktau dah suka aper..hu hu...yang selalu nyanyi " twinkle - twinkle "

5. Warna kegemaran-- hijau

6. Benda yang mesti ada dalam bag-- Wallet, handphone, kunci rumah, vitamin...ni klu list kan banyak ni maklumla beg dah sama besar ngan beg sek

7. Kali terakhir anda menangis-- 5 bln lepas aku selelu gak nagis...tp skng masalah yang sama aku malas nak pk...hadap je

8. Tag untuk 6 orang rakan anda-- maleh la nak tag org....yang ni tak mencabar sgt..

siap satu kejer...emm ader lg satu dr mama shinta

tag dr mama shinta



Sapa nama pasangan anda?
Muhammad Haikal Bin Ismail

Brapa umur dia?
26 tahun tahun ni (kita orang sebaya...maklumlah bercinta dr form 4, sama kelas lagi)

Apa yang pasangan anda Minati?
paling minat tgk web...link mudah.com..ni favourite nye la

Apa karektor pasangan anda?
sangat penyayang

Makanan kegemaran?
telur dada ngan sambal gereng ikan bilis

Macam mana dia tidur?
suka mengiring kat aku..hehhehe..tp aku megiring ke anak ku..dah anakku mengiring ke dinding...hehhehe

Apa kata-kata pertama darinya ketika pertama kali berjumpa dulu?
klu dah belajar sama tu kan...hari2 la bercakap..heheheh

Apa yg buat anda suka padanya?
sifat setia dan pengorbanan dia..yang ni la mencair kan hatiku....hehehhe

Apakah impian anda & Pasangan anda?
kekal ke akhir hayat....membina keluarga dgn bahagia

Nak pass siapa tag ni?


kak nonie
nasazfrog
ummi aqeeff
Siti Noriza Saleh

semua followerr yang sangat dihargai

Thursday, July 09, 2009

abiss pun training....

akhirnya abis jugak training tuk 4 hari ni...layannnn

dlm 4 hr ni sempatlagi aku membaca blog sahabat semua...hehhehe.yelah klu dah minat memblogni...tak dpt commen dapat baca bolog korang pun jadilah,...hehehhe


esk bermula kerja seperti biasa..hujung minggu ni nak balik raub plak..kita jari DURIANNNN

Monday, July 06, 2009

tarining.....

hehheh...ni dlm bilik training ni..sempat lagi nak update block tu...hehhehe.org kata klu ada masa jer..jgn sia2 kan..bt je aper patut...dpd aku melangok jer..baik aku menulis...hehehhe.

sepanjang minggu ni aku akan ditraining kan..yelah sepanjang aku bekerja maner pernah joint traning..so aku nak joint jugak..ala demi company gak kan...so maybe payah gak la nak mengupdate blog....tapi aku akan try baca blong sahabat2 yang rajin mengupdate pengalaman masing2....saya baca...hehhe

training ni dr kul 9.30 dan maybe abis kul 4.30...ade break kejap2 lah...so layannnn....jgn aku ngatuk dah...yang sebenarnyer training ni tuk user tp aku as org yang berhadapan ngan user..so aku kena tahu aper user view acct....

aiiii jam ni dah tunjuk kul 9.32...intro pun lum gi...ngantukkkk....

**aircond rosak plak bilik training ni...patut la start lambat....so katannyer nak pindah bilik....

ok lah gerak dulu......

Wednesday, July 01, 2009

Tag dr Kak siti @ nurie

di ag oleh kak siti @ nurie

mari menjawap soalann

1. Anda sudah mempunyai berapa orang anak & nyatakan Girl or Boy?
seorang sahaja.....baby girl

2. Bila perancangan anda untuk menambah anak?
ade rancang gap 2 thn..sbb saya ceasor kan...so aper2 masih dalam perancangan lagi :)

3. Nyatakan nama anak anda & ape makna nama anak anda dalam islam?
Nur Humairah Adelia - cahaya merah dan keadillan

4. Siapakah yang memberikan nama anak anda?
saper yer terlibat...mama..ayah....majalah pa & ma

5. Dari mana tercetus idea memberikan nama anak anda?
agak tekanan jugak la nak letak nama aper...teringin nama humairah batrisyah..tp rase cam berat plak nama tu...so simpan dlm list...Nur Humairah....

malam sebelum nak checkup(time ni nak bersalin dah)..bincang ngan husband klu wan kena ceasor esk..kita nak letak aper ni...sesambil baca majalah Pa & Ma...ternampak perkataan ADELIA...emmm nampak ok...so cadang kan husband " Nur Humairah Adelia" nampak molek...mata ni antara tido dan bangun...

pg2 gi checkup tu buat pusingan(ecv) baby....tup2 doc kata..awak operate ptg ni yer sbb anak awak still breach....so dah takder masa nak pilih nama...akhirnya...ayah nyer daftarkan lah nama tersebut.....(semangat plak aku menjawap ini soalan)

6. Sekiranya anda dikurniakan seorang lagi cahaya mata...apakah nama yang akan anda beri?
nama penuh tu tak terpk lagi..tp pemulaan untuk baby girl " NUR" dan utk baby Boy " Muhammad"- ikut ayah nyer

7. Bagi yang sudah mempunyai anak lebih dari seorang...nyatakan berapa jarak beza umur anak anda?
tak leh jawap...tak layak :)

8. Untuk kelahiran anak anda yang akan datang....anda nak girl @ boy? nyatakan sebabnyer?
ikut hati nak boy la kan...tp kalu Allah Dah takdirkan girl...terima dgn seikhlas hati...anak itu rezeki..ye dak....

9. Ape ciri2 persamaan anda & anak anda?
of course pompuan....yang paling aku nampak...ketabahan....masa aku mengandung banyak sgt dugaan...aku nampak humairah ni..jenis tak cengih(kuat nagis) lah..klu aku sajer rampas brng dr tgn dia tak nagis...lagi dia cuba dapatkan balik barang tu ader la..heheh

10. Upload gambar anak anda untuk tontotan semua rakan blogger.




11. Tag seberapa ramai yang boleh untuk jawab tag ni.
hanya kak siti nurbaini - balas balik tag


*** kesian kawan asik kena bt tag dr aku jer...so semua cuti..skang cikgu nak kasi kak Siti Nurbaini(officemate aku) sbb senang nak sound cepat2 bt tag yer...hahhaha(nampak zalim ker..ahh lantak lah...)