Monday, November 30, 2009

terharukan bila anak pandai sesuatu?


ada satu pagi tu..aku tgh bersiap2 nak gi kerja..omey sakan duk main..awal plak dia bagun...tgh aku pakai tudung...belek2 muka..dgr dia ketawa...rupa2 dia tgh susun block...

tak sangka plak dia boleh susun kan block tu...sbb sebelum ni..maner dia tak heran main block ni...selalu dia campak2 jer..tak nampak lansung nak menyusun..menyepahkan lagi adelah..hehhe...

so cepat2 ambik kamera..ambik gambar...aku galakan dia sambil aku nak ambiik gambar....memang cuter sgt


bila habis susun jer..trus jerit...pandai sambil tepuk tgn.emm semangat la dia nak menyusun..sampai lambat sikit la aku kuar rmh..hehhehe





ni masa block tu belum disusun



dalam proses menyusun


ni satu2...dia letak..nak kasi tinggi..hehehhe





akhirnyaa...PANDAI....heheh


mama nyer pun nak post gak..hehhe

selamat tinggal game facebook

arghhhhh....aku tak kira , aku taknak main dah game kat facebook tu.memang la bila mula main game tu...rase tak leh lepaskan dah...aku rase nak main je game tu...tapiii..mulai hr ni taknak dah melibatkan game itu...sbb makin lama makin membuak2 nak kumpul point kat game tu...

ahhh sudah la..letih aku nak melayan game itu...hehheh

- ni iklan semata2....bagi aku semanagt nak tinggalkan game itu..hehehhe-

Thursday, November 26, 2009

persiapan hari raya haji...turn family husband

Tgh tadi br sampai umah mil kat melaka...bang lie ngan halim dah sampai..tgh bakar lemang..mak mertua ku bt lemang memang best...betul tak tipu...nak tau rahsia...air kelapa tu...jgn buang bt rendang beras...then klu nak tambahkan air jgn pakai air kosong..paki air kelapa...perghh sedap..sampai husband ajar mil dia(mak aku) bt lemang...heheh...sedappp


part aku setle kan goreng ayam...esk nak bt ayam masak tomato...esk hari makn sampai tak larat....


so kawan2...semua2 la...SELAMAT HARI RAYA AILDILADHA YE....

Wednesday, November 25, 2009

mama plak diserang sakit mata

semalam g kejer...pagi tu takder rasa aper2 lagi then bila bt kejer cam biasa,,mata ni rasa kesat...aku bt tak tau la lagi...sbb nyer aku tak penah rasa sakit mata....makin lama mata ni makin gatal..adusss..gatal..gatall..gatal...tgk cermin....ha dah jd camni




so semalam aku balik awal...ingat nak trus g klinik...tak thn sgt sakit..aku balik umah dulu sambung kejer...stanby kat umah




humairah mata dah kurang sikit....






husband pakai uniform lagi trus bwk g klinik..tgk mata ku besar sebelah,,hu hu hu


sempat lagi post...


sakitt nye

Tuesday, November 24, 2009

mandi kolam dihujung minggu

hujung mingu lepas bawak omey gi umah kak teh(kakak iapar) kat semonyeh...bagun awal...6.30pg dah bagun..kemas2 rmh...siapkan aper patut...then kejut humairah...bila suh mandi pagi...emm menjerit la si kecik ni taknak mandi...tp aku mandi kan la jugak..selesa sikit badan tu bila dah mandi...

tup..tup...bila dah sampai...upernyer sepupunyer tgh mandi kolam..tgk muka omey...buka main giang nak main skali..so aku lepas kan je la ..tu yang baju jalan bt swimming sut tu hahah...gasak la...

mandi tak ingat...sejukkan..dia thn...nak juga mandi lamer..so aku tunggu je la tgk bdk2 ni mandi...best gak klu aku msk kolam tu skali(haks..cakap dlm hati je la)

ooo mandi kat umah td nangis...kat kolam bukan main lagi ye humairah..





ni abg is dia...kamceng ni...



mulut dah mengigil tu...sejukkk



tuje lah mainan nyer..gayung...



abg arip nyer tak mandi..duk jaga budak2 ni :)



senyummm





ni bila nangis nak masuk kolam...tp taknak duduk..nak diri je...

mama Omey sakit mata...hu hu hu

semalam pagi call husband ...dia tgh hantar anak...

"ma, td hantar omey..ayah tgk mata di berair la...teacher dia kata maybe sakit mata"

alahai..sakit mata la plak...nak buek camno...terima je lah...so aku mintak boss kuar awal sikit nak gi klinik.so bwk la..

"emm..sakit mata yer...meh saya tgk"

"isk ..saya dari pagi td memang ramai bdk tgh sakit mata...musim la skang ni"

pesan doc :
-bila anak gosok2 mata jgn kasi tgn tu sentuh mata kita
-kerap basuh tgn bila sentuh anak
-selalu lap mata ngan kain basah sbb air mata cepat kering

hari ni terpaksa la jugak hantar , nak buat camner kan...tgk humairah aktive cam biasa cuma pass kasi ubat so hantar la jugak..mata cepat nak lelap...



tgk mata ...ha inilah sakit mata ye puan2


Monday, November 23, 2009

hantaran pertunangan adik - gg & nurul

Mari2 saya ajar camner nak bt hantaran...main hentam..main bantai...tup2 jadi jugak la hantaran ni...tapi nak cantik sgt2 tu takder la..kesian plak adik aku kena pau..lagipun bertunang je bt ikut syarat....

sabtu lepas balik dr training..so aku trus setle kan keje-kerja membuat hantaran..sambil dibantu oleh pembantu yang sgt berhemah iaitu omeyyy...hehheh.mencabar jugak la nak setle kan...sbb pembantu lagi "cepat tangan membantu" hehheh(paham2 je lah).

husband kena kejer...tukar shif..hehhe...aku training pagi ..dia layan dealer belah ptg..memang sibuk giler hr tu...badan ni jgn cakap lah...sakit sgt...terkejar2 kan


kain bajung kurung

1


2


3


4



Coklat sebagai pemanis

1


2


3


buah...ni siapkan baku dulu..nanti baru beli buah
1


2


3



haa ini adalah pembantunyer...tadaaa








Bayi seberat 6.15kg dilahirkan di Kedah

Pagi2 dengar radio...bincang pasal pengalaman bersalin..dgar cerita2 org...perghh memang banyak yang menggerunkan.Tp kalau nak bandingkan dengan pengorbanan dan kebahagian..memang berbaloi-baloi bila lihat wajah anak yang sungguh suci

then tetiba FBI kata ada ibu yang melahirkan anak di kedah beratnyer 6.15kg secara manual...aku dlm keter menjerit...Yaallah...besarnyer kuasa Allah.

tahniah kepada Pn Aisha Bee Yassin




Aisha Bee Yassin melihat bayi lelakinya seberat 6.15 kilogram yang selamat dilahirkan di Pekan Lama, Kampung Baru, Changlun, semalam.

CHANGLUN 22 Nov. - Sepanjang sembilan bulan mengandung, selera Aisha Bee Yassin hanya tertumpu kepada kedondong, bunga ros, roti serta susu.

Wanita itu tidak menyangka hasil pemakanannya itu, dia dikurniakan bayi lelaki seberat 6.15 kilogram, dipercayai bayi terbesar yang pernah dilahirkan di negeri ini.

Malah, bayi seberat itu dilahirkan secara normal di sebuah pusat perubatan swasta di Alor Setar kira-kira pukul 2 pagi ini.

Menurut Aisha Bee, 35, dia mula sakit hendak bersalin pada pukul 10 malam tadi dan suaminya menghantarnya ke sebuah hospital di Jitra, namun mereka tidak mahu menerimanya kerana sudah terlewat.

''Saya dibawa ke sebuah pusat perubatan swasta dan bersalin dengan bantuan seorang doktor serta beberapa kakitangan pusat perubatan itu,'' katanya ketika ditemui di rumahnya di Pekan Lama, Kampung Baru di sini hari ini.

Katanya, sepanjang mendapat rawatan semasa mengandung, doktor tidak mengesyaki kandungannya seberat itu.

''Selepas saya dibawa ke pusat perubatan swasta itu, doktor kata mungkin bayi saya seberat empat kilogram dan bertanya sama ada saya mahu bersalin secara pembedahan.

''Saya menolak kerana mahu melahirkan anak secara normal dan saya langsung tidak menyangka anak saya ini mempunyai berat seperti bayi yang berusia tiga bulan,'' ujarnya.

Menurut Aisha Bee, sepanjang kehamilannya, dia hanya menjamah nasi lemak setiap pagi untuk bersarapan dan amat gemar makan buah kedondong atau amra, bunga ros, roti serta susu.

''Saya boleh habiskan satu kilogram buah amra dalam sehari dan makan bunga ros merah dua hingga tiga kuntum dalam sehari,'' katanya.

Jelasnya, sewaktu melahirkan anak pertamanya yang kini berusia 13 tahun, bayinya itu seberat 3.9 kilogram manakala anak keduanya seberat 3.8 kilogram.

''Apabila sampai ke anak ketiga, berat bayi saya semakin bertambah iaitu empat kilogram dan anak saya yang keempat pula seberat lima kilogram.

''Yang kelima ini memecahkan rekod abang serta kakaknya iaitu 6.15 kilogram dan doktor menjangka jika saya mengandung lagi anak saya mungkin mencapai berat sehingga tujuh kilogram,'' tambahnya.

Dalam pada itu, suami Aisha Bee, Mohd. Ali Khan Razali, 41, berkata, dia sedikit terkejut apabila pertama kali melihat bayi lelakinya itu.

''Memang perut isteri saya agak besar dan saya ingatkan kami akan mendapat bayi kembar. Tak sangka pula bayi ini seberat 6.15 kilogram. Kelahiran bayi ini menceriakan lagi kehidupan kami sekeluarga,'' ujarnya.

Friday, November 20, 2009

saper yang suka dgr citer loyar buruk?

Story 1
Dalam hujan lebat, malam gelap gulita, jalan tak berapa nampak, aku cari jalan mudah follow kereta depan, tiba-tiba kereta tu emergency brake, aku sondol belakang keretanya. Aku turun dalam hujan lebat dan marah pemandu tu kerana berhenti mengejut, tapi dia nampak hairan kerana aku marah dia dalam
garaj kereta rumah dia.

Story 2
Dua ekor anjing telah terperangkap di sebuah pulau dan ingin berenang menuju ke seberang. Untuk sampai ke seberang ia memerlukan stamina cukup. Anjing A training habis-habisan,
anjing B relaks je. Tiba masanya kedua-duanya pun menyeberang dan anjing B sampai awal daripada anjing A, sempat makan lagi. Anjing A pun tak puas hati, tapi anjing B kata, "Rileks la, aku ni kan anjing laut."

Story 3
Seorang atok membawa cucunya ke pejabat pos untuk menghantar surat. Cucunya bertanya bila melihat atoknya memasukkan surat ke dalam tong berwarna merah. "Atok buat apa tu?"
"Atok bagi surat kat kawan atok" jawap atoknya. Cucunya bertanya lagi "apa bangang sangat kawan atok duduk dalam tong merah tu?"
Atok : ???

Story 4
Seorang makcik nak beli tembikai merah, penjual menjamin tembikai yang dijualnya berwarna merah, tetapi bila tembikai tersebut berada di tangan makcik, tiba-tiba terlepas, jatuh dan berwarna sedikit keputihan, takut dipanggil penipu, penjual berkata "Eh! tadi merah, pasal jatuh tu la, dia takut jadi pucat dan putih." Makcik tu pun baling tembikai tu kat muka penjual tu.

Story 5
Sebuah helikopter yang membawa seorang juruterbang beserta 2 orang kenamaan jatuh terhempas. Juruterbang itu terselamat tetapi al-Fatihah buat 2 orang kenamaan itu. Apabila sedar dari koma, juruterbang itu disoalsiasat oleh polis, "Cuba ceritakan apa yang terjadi untuk memudahkan siasatan." "Mmm... entahlah tapi pada ketinggian 30,000 meter tiba-tiba saya rasa sejuk sangat. Jadi, saya matikanlah kipas Helikopter tu."

kekadang terfikir gak...org yang suka bt citer lawak ni..otaknyer tentu creatif kan?-

Wednesday, November 18, 2009

bila dah sihat..lain plak omey nak buat

3tgk humairah nampak dag elok demam nyer..tinggal selsema...mlm td cek doc...katanyer saluran penafasan dah clear..so sambung ubat yang dah abis..selsema ader lagi,,,tapi batuk dah kurang..alhamdulillah la...harap makin sihat lah...

bila dah beransur sihat ni mulalah aktive semula...bagus anak mama

puan2...sila ambik bola sendiri yer...bola mama anda sibuk



usaha tangga kejayaan...cayyuk


dapat pun,,,yeehhh



Friday, November 13, 2009

Alfatihah bt paklang, moga roh nya dicucuri rahmat dari Nya..aminn

mungkin banyak sebab hati ni rase tak sedap je 2 ke 3 minggu ni...macam-macam yang terjadi..semua akan hadapi nyer...

semalam bapa saudara husband kembali kerahmatullah....jam 4.00 ptg terima panggilan dr husband katanya paklang kat hptl....maybe jumaat ptg kita balik tgk paklang..so aku maklumkan pada boss....maybe aku halfday esk..

tetiba husband call kata paklang dah meninggal...

INALILLAH WA INALILLAHIRAJIUN...

teringat aku semasa berpantang kat melaka...umah mertua ku...paklang selalu ziarah mak...borak2 ngan mak...

tergiang2 suara paklang

"wan camno?sihat?......paklang dari pekan td"

tu la ayat paklang bila mulakan perbualan....sebulan aku kat melaka kan...

cucu sulung paklang nama sama ngan anak aku..humairah... lahir pun tahun yang sama...

so ptg tu juagak aku bergegas ke kampung masjid tanah

harap kawan2 dapat sedekahkan Al-fathihah...

Tuesday, November 10, 2009

banyak sgt benda nak fikir...pening

hu hu hu ..humairha tgh deman tambah batuk2..alahai anak omak ni...batuk dia sampai meneran2...abis muntah2 tambah plak susu kuar skali ngan muntah2 nyer,2-3 hari ni camni lah....cepat la sihat..

semalam mc..bwk g klinik...dok kata kalau still tak ok dlm 3-4 hr ni...bwk dtg balik tuk hidu gas...alahai...

hari ni gi kerja jugak, tgk omey cam dah ok sikit...tp pg td still muntah2...ready je la klu nurseri call kang....demam dah kurang tp batuk ngan kahak tu yang tak abis lagi...

memang dah lama tak update blog...mod sedih je minggu lepas..

aki dah pulih sikit..nanti ada masa saya upload gambar aki yer...

Monday, November 02, 2009

doakan kesihatan datuk saya...

jumaat lepas dapat panggilan dari pakcu jam 4.30 pg memaklumkan datuk saya sdang "berjuang"

alhamdulillah ...setelah bergegas ke raub ramai keluarga telah berkumpul..

sayu melihat datukku yang ku panggil " aki" sedang terlantar...keluarga sekeliling menagis teresak-meluhat aki yang sebulum ini memang sihat..

alhamdulillah dengan izin Nya..belum masa nya beliau kesana..kini beransur pulih...

kini masih berada di wad hospital raub..

tel mak ptg semalam kata nya ..aki dah pulih sikit..pagi td aki sembahyang dan mengimam kan jemaah di surau...

"SiTi doakan aki sihat sejahtera...Yaallah Kau kurnikan lah beliau kesihatan agar beliau dapat mengerjakan segala suruhan mu Yaallah..."

siti sayang aki...aminnn

*mohon kawan2 doakan kesejahteraan aki saya