intai...intai....nampak ke ayah omey?....
bukan ayah lah...org sebelah...hehhehe
karang ader bunyi pagar lagi..kita kejar lagi ye sayang.
Tip2 penjagaan tudung
Setelah melabur sejumlah wang untuk mendapatkan tudung yang anda suka, maka sewajarnya anda menjaga eset anda itu dengan baik supaya tudung2 anda tahan lama dan sentiasa dalam keadaan baik.
Di sini saya perturunkan tip2 penjagaan tudung untuk panduan semua
Pengenalan
Awning:
Bahagian atas tudung dipanggil awning(visor). Material yang digunakan adalah pelbagai terdiri dari shantung silk, kain broked, kain kapas jepun dsb yg bersesuaian.
Body :
Bahagian utama sesuatu tudung , dibuat dari pelbagai material yang bersesuaian
Penjagaan tudung boleh di bahagikan kepada 2 bahagian
1. Cara mencuci/basuh dan menjemur
2. Cara menyimpan
Cara mencuci/membasuh dan menjemur
1. Jangan sama sekali menggunakan MESIN BASUH!! Hanya basuhan tangan yg sesuai.
2. Bagi awning jenis thai silk pula, 'dry cleaning' adalah digalakkan.
3. JANGAN merendam tudung² tersebut. ELAKKAN dari melipat awning tudung.
4. Dengan menggunakan air sabun , gosok dengan tangan bahagian Body dan awning kemudian bilas dengan air bersih.
5. Gantung tudung di ampaian dengan menyepit bahagian "D" (lihat gambar rajah), elak menjemur ditempat panas terik untuk mengekalkan warna asal tudung.
Cara menyimpan tudung
1. Kalau Body tudung agak berkedut (bagi kain cotton jersey biasanya akan berkedut), seterika body tudung dengan kepanasan sederhana.
2. Kalau Awning agak bengkok atau berkedut, seterika bahagian dalam awning dengan kepanasan yg sederhana.
3. Ada beberapa cara untuk menyimpan tudung (lihat gambar)
· Klipkan atau sangkut pada hanger . Ada juga hanger besar yang org gunakan untuk sangkut tuala tu, boleh di beli di sesetengah kedai hardware. saya pernah jumpa ada juga dijual di kedai wholesale dekat Nilai 3
· Guna hanger dan klip special untuk tudung ( nak tau nak beli kat mana??? contact saya ok)
·
Sangkut pada hanger special ( boleh beli di Ikea rm25 satu ) . Ketidakbaikan sangkut cara begini akan menyebabkan Body tudung anda sedikit berkedut apabila hendak dipakai.
· Gulung bahagian body tudung ke dalam awning spt gambar dan simpan dalam drawer almari anda. 3 hingga 4 helai tudung boleh dilapiskan dan digulung sekali. Ketidakbaikan menyimpan cara ini anda akan susah untuk mencari tudung dan sedikit berkedut apabila hendak dipakai.
Jagalah dengan baik tudung2 anda untuk nilaian wang anda
*selamat mencuba....credit pada yang mengirim email ini pada aku ..dah lebih2 credit yang mendapatkan info ini...TERIMA KASIHH
*auto publish
Misteri 1:
Kat Pc memasing, sila create new folder dan cuba namakan CON.
Amacam? Boleh?
Misteri 2:
Bukak microsoft word yang baru. Taip: "=rand (200, 99)" tanpa pembuka dan penutup kata ("). pastu tekan enter button.
Haaaaa kuar apa tu?
(setiap pc mempunyai hasil yang berlainan)
Misteri 3:
Bukak Notepad.
Type "Bush hid the facts"
(tanpa pembuka dan penutup kata)
Save guna apape je file name.
Close.
Open semula file tu..
Haaa... kuar apa pulak..
Misteri 4:
penguna window XP - nak menang solitaire dgn satu langkah?
tekan ALT + SHIFT + NO 2 ( SERENTAK)
aku dah cuba dah...hasilnya memang tak jangka...hehhe..korang jgn takut plak nak cuba...takder aper2 lah..semuanya ok...misteri je sikit.