"seorang lelaki balik rumah...dia jadi hairan giler halaman rumah berselerak
surat di peti pos tak berambil
anak-anak tengah main korek-korek tanah
kotor, baju compang camping, penuh dengan tanah dan kotoran
rambut tak bersikat, tak bermandi,
masuk ke pintu rumah
lagi lelaki tu terkejut
ruang tamu lagi teruk berselerak
lelaki itu melaung nama isterinya... .sepi tiada jawapan
masuk ke dapur
sinki penuh dengan pinggan mangkuk tidak berbasuh! periuk tidak bercuci
mencari apa yang boleh dimakan tetapi tiada makanan yang dimasak
masuk ke bilik air
baju masih belum berbasuh
apatah lagi berendam
lelaki itu cemas mencari isterinya
dia bergegas ke tingkat atas
melihat isterinya terbaring di atas katil sedang membaca buku
"awak sakit ke?"..tanya lelaki itu
"tak ! lah", jawab isterinya ringkas
"kenapa teruk sangat rumah kita hari ni", tanya si suami lagi sambil meletakkan tangan di dahi isterinya, kot-kot isterinya demam
balas isterinya "wahai suamiku, semalam semasa kita bertengkar, abg mengatakan yang saya ini hanyalah seorang suri rumah, duduk di rumah tidak sepenat diri abg yang duduk di pejabat, dan abg sering menanyakan apa kerja yang saya lakukan di rumah yang menyebabkan saya merungut kepenatan kadang-kadang. ....NAH, HARI INI SAYA TIDAK MELAKUKAN KERJA-KERJA YANG BIASA SAYA L! AKUKAN SETIAP HARI"
Pss **dapat email ni dr kawan...walau aper pun nama kerja..janggan anggap org lain tak buat kerja yer!!hargailah setiap perkerjaan anda ...senyum sikit... :)