Monday, October 05, 2020

BERCUTI DI LANGKAWI : List aktiviti kami

Perancangan nak ke Langkawi dah lama dari sebelum virus Covid muncul, Feb 2019 mula rebut tiket flight sbb Air Asia ada buat promotion. Jadi saya plan dengan suami nak bawak anak2 ke Langkawi bila habis Exam UPSR kak long omey. Selesai semua, kami tunggu sahaja hari yang dipilih.

Tiba2 kita digemparkan kes covid, mama sentiasa mohon Allah mudahkan urusan ini jika ada rezeki kami kesana, memang serah bulat2 pada ketentuan Allah. UPSR pun dibatalkan.

Alhamdulillah ... dapat juga bawak anak2 ke Langkawi, bila tarikh yang kami pilih boleh rentas negeri.

 Hati mana yang tak risau bila berjalan time2 Covid ni, risau tetap risau, cuma kami sentiasa basuh tangan dan sanitize dengan kerap. Sejujurnya percutian ini memang rasa lain...kita dlm keadaan berjaga2 dan semua perjalanan kami rancang betul2.

Ok jom saya kongsikan pengalaman saya sepanjang percutian disana, kot ada nak buat rujukan..saya pun boleh rujuk semula. Ada rezeki pergi lagi...tapi kumpul duit lagi ye..Aamiin.

 List aktiviti kami:

Hari Pertama : 27.09.2021

9.30am - Sampai Langkawi

10.30 am - Sarapan + Lunch 

11.30 am - Haji Ismail, Kuah Town

3.00 pm - check in Greenish Langkawi

8.00 pm - Pasar Malam Padang Maksirat

Hari Kedua : 28.09.2021

10.00am - Tasik Dayang Bunting

2.00 pm - lunch

3.00 - rehat

6.00 - Haji Ismail, Kuah Town

7.00 -  Jeti & Dataran Lang

9.00 - Pantai Cenang

Hari Ke Tiga : 29.09.2021

10.30 - Check out

12 .00 - kedai Gamat

1.00 - Toko Batik

1.30 - Laksa Sekoq

2.00 - Singgah Jeti

3.00 - Flight balik

sekian list kami, ada masa saya cerita lagi....:)


dapat juga bawak anak2 ke pulau dayang bunting ni.