Sunday, July 04, 2021

Rancang sebelum shopping barang dapur

Hari ini, ramai yang  share pengalaman "Panic Buying", ramai benar yang share beratur panjang, orang ramai. Hakikatnya, itulah yang kita rasa bila kita dalam keadaan pendamic covid 19...Alhamdulillah dibenarkan keluar sorang wakil keluarga untuk urusan yang dibenarkan.

Biasalah bila barang dapur mula surut di rumah ni, jadi kena plan untuk beli barang dapur...

sebelum keluar rumah, kena plan siap2 nak pergi mana....merayau2 memang bukan pilihan saya la buat masa ini...cari tempat betul2 ada keperluan nak membeli sahaja pastu gerak balik.

Sebelum keluar, pastikan :

1. Mask & sanitizer ready siap2

2. List barang dapur - ini penting nak elakkan saya memusing2 dalam kedai tanpa arah tuju...bila ada list, jimat masa!

3. Plan kedai mana nak pergi dulu..sbb ada barang nak kena cari kedai lain juga

4. Jaga Jarak - yang ni penting sangat2

5. Sentiasa beringat, virus di boleh muncul dimana2.

 

Hasil tangkapan untuk menu kami di waktu ini😊



 

Saya memang suka membeli2 barang dapur ni, ala2 hilangkan stress sambil2 baca tanda harga barang tu😍, jadi jika suami offerkan diri belikan barang, saya dengan baik hati menjawap " takpe abang, mama beli barang" jawap si isteri yang cerewet sikit bila cari barang dapur..haks!!

Pernah minta suami belikan barang dapur, yang jadinya barang berganda dan yg tiada dlm list pun banyakπŸ˜‚πŸ˜‚. Terima Kasih ye En Somi.

Kali ni barang2, saya banyak pilih menu ala2 diet, jika ada kelapangan saya share ye😘
 

Monday, October 05, 2020

BERCUTI DI LANGKAWI : List aktiviti kami

Perancangan nak ke Langkawi dah lama dari sebelum virus Covid muncul, Feb 2019 mula rebut tiket flight sbb Air Asia ada buat promotion. Jadi saya plan dengan suami nak bawak anak2 ke Langkawi bila habis Exam UPSR kak long omey. Selesai semua, kami tunggu sahaja hari yang dipilih.

Tiba2 kita digemparkan kes covid, mama sentiasa mohon Allah mudahkan urusan ini jika ada rezeki kami kesana, memang serah bulat2 pada ketentuan Allah. UPSR pun dibatalkan.

Alhamdulillah ... dapat juga bawak anak2 ke Langkawi, bila tarikh yang kami pilih boleh rentas negeri.

 Hati mana yang tak risau bila berjalan time2 Covid ni, risau tetap risau, cuma kami sentiasa basuh tangan dan sanitize dengan kerap. Sejujurnya percutian ini memang rasa lain...kita dlm keadaan berjaga2 dan semua perjalanan kami rancang betul2.

Ok jom saya kongsikan pengalaman saya sepanjang percutian disana, kot ada nak buat rujukan..saya pun boleh rujuk semula. Ada rezeki pergi lagi...tapi kumpul duit lagi ye..Aamiin.

 List aktiviti kami:

Hari Pertama : 27.09.2021

9.30am - Sampai Langkawi

10.30 am - Sarapan + Lunch 

11.30 am - Haji Ismail, Kuah Town

3.00 pm - check in Greenish Langkawi

8.00 pm - Pasar Malam Padang Maksirat

Hari Kedua : 28.09.2021

10.00am - Tasik Dayang Bunting

2.00 pm - lunch

3.00 - rehat

6.00 - Haji Ismail, Kuah Town

7.00 -  Jeti & Dataran Lang

9.00 - Pantai Cenang

Hari Ke Tiga : 29.09.2021

10.30 - Check out

12 .00 - kedai Gamat

1.00 - Toko Batik

1.30 - Laksa Sekoq

2.00 - Singgah Jeti

3.00 - Flight balik

sekian list kami, ada masa saya cerita lagi....:)


dapat juga bawak anak2 ke pulau dayang bunting ni.

 




Sunday, September 27, 2020

BERCUTI DI LANGKAWI :Day 1


27.09.2020

Seaawal 6.00 pagi, kami keluar daripada rumah ke KLIA, flight jam 9.10am. Sampai sana kena awal 2jam sbb kena uruskan bag2 yang nak dibawa.


Masa nak masukkan beg kat kauter, sekali beg terlebih muatan...kesilapan kat situ sbb tak timbang beg..melayang RM..adeh...lupa sgt2 sbb lama sgt tak naik flight lupa habis apa nak buat.Jadi korang jd cam kami na..duit tu boleh buat shopping!! huhuhu

Dah settle bag2 kami, sementara nak tunggu gate open..kami lepak2 jelah kat kerusi mana2...kedai banyak tutup lagi.


 
 




Sampai Langkawi dalam jam 10.30 pagi, awal lagi..jadi kita makan dulu πŸ˜€. Kita cari LAKSA!!, favorite mama la sbb sejenis hantu laksa. hahaha

Korang cari je kat wave tu..LAKSA SEKOR...dekat ngan air port...sedap!!

kecur ayaq liur kami...




Perjalanan terus ke Hj Ismail mall, mencarilah coklat2 disana...yang ni rasanya semua tau. Kalau ke langkawi mesti nak cari coklat...jadi datanglah ke sini.



 

 

Jam 3.00pm, kita check ini hotel dan lepak je sana...malam nanti baru keluar balik...time2 covid takleh nak pergi banyak tempat sgt..buat mana perlu je.😁


takde org pun,kami anak beranak je.

8.00pm kami round2 cari makanan....apa lagi..kita cari pasar malam. sejenis anak beranak suka gi pasar malam klu ke tempat org, buat aper...kat situ boleh kita rasa air tgn org sana....πŸ˜ƒ. Jom terjah Pasar Malam Padang Maksirat.

 gambar kat pasar malam takder...huhuhu...

Next kita sambung perjalanan hari kedua....😘

Sunday, January 05, 2020

Taman Tasik Titiwangsa - Nature Trails ..ini memang best

Sambungan cerita Tasik Titiwangsa

okey kali ni kita cerita pasal view yang ada Nature Trails.... masa tgk video2 yang kawan2 share..seriously memang tak percaya..tak kan la ada view camni.

setelah mencari dan terus mencari... akhirnya jumpa jugak kawansan ni... saya terus rasa macam di negara lain...serius!! memang tak percaya kita ada tempat camni.

Kalau korang pergi waktu awal pagi..lepas2 jongging, lepas tu pergi tempat ni..tenang je dan sejuk!!. siap ada kolam kecil...tenang dah damai rasa.

Jom view gambar...memang best.






jom !!

Wednesday, January 01, 2020

Pusat Sains Negara Kuala Lumpur - Apa yang menarik disana

 Pusat Sains Negara Kuala Lumpur 

Salah satu tarikan untuk anak-anak yang minat pada Sains. Saya cadangkan bawalah anak-anak kesini, memang sangat best dan sesuai untuk pembelajaran anak-anak kita.

kalau balik dari pejabat, memang saya lalu depan PSN ni, hari2 lah tgk renovation dia..akhirnya siap juga. Jadi plan bawa anak2 pada cuti sekolah Dec 2019 hari tu.

Sangat tidak menghampakan sbb banyak penambahbaikan yang tersedia, walaupun pernah datang dulu tetapi tetap best.

Apa yang menarik?


  • Aquarium besar -  masuk je sini terus lalu bawah aquarium ikan, seronok selfie dengan ikan.
  • Permainan uji minda - waktu ni memang saya nampak ibu bapa berusaha keras nak anak2 cuba setiap permainan, termasuk lah saya. ada yang pecah otak fikir nak selesaikan.
  • Persembahan Sains - waktu ni banyak magic sains dipersembahkan, masa saya datang show start pukul 12.00pm, dan pukul 3.00pm. bagus untuk anak2 sebab kakak kat situ main api :)
  • Sayang Bumi kita - bahagian ini salah satu tempat yang saya suka, sebab anak2 akan tahu apa kesan jika kita tidak sayang bumi. saya juga terkesan.ada alat yang kita boleh rasa tahap gempa bumi!!
  • Dinasaur Encounter -Excited sgt bila nampak dinosaur..landscape sgt2 cantik, bergerak2 binatang ni. banyak pulak tu..siap ada volcano.  
sebenarnya banyak lagi...boleh lah plan nak kesana.

 

sedikit info yang perlu anda tahu

1. Waktu operasi :

Pusat Sains Negara Kuala Lumpur 
 
Sabtu hingga Khamis
9:00 pagi sehingga 5:00 petang
Tutup pada hari Jumaat.
**Kaunter tiket hanya beroperasi sehingga 4:30 petang.

2. Bayaran Masuk :

Bayaran Masuk dan bayaran ke pameran dinasour adalah berlainan ye


 

 3. Botol Air dan Makanan :
 Adalah tidak dibenarkan, kalau terbawa ada disediakan rak di kawasan luar.


4. Kawasan letak kenderaan - Parking
jika dikawasan dalam, parking agak limit jadi boleh paking dibahagian seberang jalan PSN , tapi perlu berjalan jauh sikit. takper boleh exercise


 
antara gambar yang sempat la mama ambik

Bahagian dinasour
pintu masuk


show sains