Inalillah wa Inna ilaihi rajii’un..
Dugaan Allah selalu tidak pernah kita duga, apakah yang akan terjadi dia masa akan datang. Keguguran pertama kali banyak mengajarku tentang qada dan qadar.Subahanaallah..besar sungguh dugaan ini. anak yang kukandung hilang sekelip mata pada 23.11.2014 jam 5.30 ptg.
5.11. 2014
Alhamdulillah Doc Emi mengesahkan aku mengandung dan kadungan ku berusia 6 minggu. Tetapi Doc mula mengesyaki kadunganku tidak membesar seperti jadual yang sepatutnya. Doc mengabil darah ku buat pertama kali. Ini bagi memastikan kandungan ku sama dengan jumlah hormon bagi kandungan ku yang sepatutnya menunjukkan degupan jantung.
10.11.2014
Keputusan Doc mengesahkan hormon berjumlah 1477 dan minggu yang ditetapkan adalah 6 minggu. Doc ambil darah lagi bagi membezakan hormon tersebut ada peningkatan.
13.11.2014
Hampir nak jatuh jantung ku semasa sedang ralek menyiapkan tugas dipejabat. Secara tiba2 doc Emi memaklukan jumlah hormon adalah 1056....MENURUN!! Yaallah kuatkanlah iman ku..kuharap dugaan kali ini mendatangkan hikmah daripada mu YaAllah.
15-21.11.2014
Setitik demi setitik darah mula keluar di kemaluanku. AllahhuAkhbar...adakah ia tanda? hampir seminggu ia keluar...aku memang masih dlm keadaan blur..apakah tanda ini. Memang dengar cerita ada yang kata...keluar darah sehingga bersalin pun ada jugak yang macamtu...kata2 itu telah memberikan harapan pada saya yang mengharapkan kandungan saya selamat.
22.11.14
kwan suami tyco cuba membuat air penawar mungkin sedikit sebanyak memberi sedikit cahaya supaya kandungan ku selamat.
2 niat yang ku hajati
a. Yallah jika kandungan ini milik kami...kau sempurnakanlah dan semalatkanlah anakku ini.
b. Jika bukan milikku kau mudahkanlah pejalanan anakku ini. amin
23.11.14
Hari ini lah yang menentukan segalanya...
jam pukul 3.00 ptg...bahagian rahim ku terasa sesuatu yang pernah ku alami 4 tahun yang lepas..subahanallah....
waktu ni dah tak tahan sangat sakitnya..sebijik macam nak bersalin. terus masuk toilet..sekali aku meneran...tangan ditadah...zuppp..janin dah diatas tangan ku tepat jam 5.30ptg...akhirnya...anak yang ku kandung selama 2 bulan..pergi jua.
sayang mama dan ayah sangat sayang alang..jumpa mama dan ayah di sana ye.
terus suami bawa ke hospital anpang..disana doktor mengesahkan saya complete miscarriage. alhamdulillah. Malam tu doc membenarkan saya keluar dengan memberi mc 1 minggu.
seterusnya aku merancang berpantang di raub. Moga allah mudahkan urusan kami. Insyaallah.
No comments:
Post a Comment
Apa pendapat anda?