Tuesday, April 27, 2010

weekend : nothing happens.... Puding Roti

weekend hari tu memang tak der aper nak buat sebab...sabtu tu kena kerja then husband repair keter kawan dia,ahad pun repair keter...so teringat husband teringin sgt nak makan puding roti..emm bukak resepi la kan...tgk resepi kat fotopages kak hanieliza.Resepi dia memang aku suka...senang di ikut dah of coz la menjadi...timer kasih banyak kak liza ye(tak kenal...hehhe).saya adalah peminat resepi2 akak.:)


korang try lah..pada yang ader anak kecik(gigi masih kurang kan)...elok dihidangkan untuk anak...omey suka betul makan...

resepi nyer :
PUDING ROTI

Bahan:
A:
500 ml susu segar/fresh milk
8 keping roti (gardenia/high 5)

B:
4 sudu besar gula halus
2 sudu besar butter
2 biji telur ayam
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu besar tepung jagung

C:
2 sudu besar kismis hitam

Sos Kastad
1 tin susu cair
2 s/b tepungkastad
2 s/b gula

CARA:
1. Hancurkan /koyakkan roti dan rendam dalam susu 1/2 jam
2. Kacau dan gaul rata bahan B.
3. Masukkan kismis dan tuangkan kedalam loyang.
4. Bakar dalam suhu 180'C selama 30 minit/masak.
5. Gaulkan bahan sos kastad dan masakkan diatas api yg sederhana sebentar.
6. Tuangkan sos diatas puding semasa menghidang.

NOTA:
Sos Kastad boleh juga di gantikan dgn ais kerim coklat/vanilla dan sebagainya..
ataupun cream coklat.

**sumber dari http://hanieliza.fotopages.com/





1. roti tu koyak-koyak...nanti jadi cam ni
2.yang ni pulak roti tu direndam ngan susu segar





3.emm roti dah siap di campur ngan adunannyer..so kita bakar
4.ni bila dah siap dibakar





tadaaaaa dah siap..belum sempan ambik gambar, dah kena makan...hehheh

10 comments:

  1. menarikkk..tertarik..nak try lah nnti! ^_^

    ReplyDelete
  2. yummy..yummy...
    lepas ni banyakkan lagi resepi dalam blog yee..

    ReplyDelete
  3. resepi kak hani mmg sng nak bt sbb bahan2 dia pun simple ja.. nani siap beli 6 buku resepi dia.. tp x abis cuba smua lg..

    ReplyDelete
  4. belum sempat ambik gambar dah kena makan, ini kes excited bila masak menjadi..hehe sama mcm akak..mesti sedap kan

    ReplyDelete
  5. wahh...nak buat jugak....

    ReplyDelete
  6. terima kasih daun keladi..next time bg lg tau.. :D

    ReplyDelete
  7. aku pernah try tapi mcm tak menjadi je..huhuhu

    ReplyDelete
  8. belum SEMPAN tu ape?

    ReplyDelete

Apa pendapat anda?